Saturday, April 2, 2011

Mengubah Icon serta Nama apps [PWNED]!



Mengikut daripada tragedi BBM for iPhone, terdetik untuk saya menunjukkan bagaimana cara saya memper"PWNED"kan anda sekalian. Ok, untuk tutorial kali ini, saya akan menunjukkan bagaimana cara untuk kita mengubah Icon serta Nama apps didalam iPhone anda. Mungkin post ini ada kaitan dengan yang ini.

Sebagai contoh; saya menggunakan apps yang diberi nama Trulia dan merubahnya menjadi dRbook apps. Berikut merupakan kesannya:

Springboard:


Sebelum


Selepas


iTunes:


Sebelum


Selepas


1.Pertama sekali, pastikan anda sudah install Sbsettings di dalam iPhone anda. Jika belum lagi, berbuatlah demikian menggunakan Cydia. Sila lihat turutan gambar dibawah untuk step seterusnya:


Buka Sbsettings


Buka App Folders


Pilih apps yang akan menjadi mangsa. Tap pada apps tersebut, kemudiaan paparan dibawah akan terpapar.


Sila ingat atau print screen paparan ini untuk rujukan step seterusnya.


2. Connect iPhone anda dengan PC, buka iSpirit kemudian locate direktori anda kepada /private/var/mobile/Applications/




3. Pilih nama folder yang anda print screen atau ingat tadi. Macam contoh untuk apps yang saya ingin PWNED ini adalah Trulia; jadi direktorinya adalah seperti ini : /var/mobile/Applications/F34D5FCA-F347-4177-910C-594057BE86BA


Sila buka folder yang bernama .app . Contoh : Trulia.app


4. Sila delete semua file yang bernama Icon kecuali file yang bernama Icon.png. Jangan delete file Icon.png .



5. Apa yang perlu anda buat adalah, replace file Icon.png yang sedia ada dalam folder ini dengan Icon yang anda inginkan. Berserta dengan ini, saya sediakan format icon 100x100 yang anda boleh edit sendiri. Download Icon : 100x100.



6. Setelah selesai edit icon anda; sila replace kedalam direktori icon yang anda ingin ubah.

7. Kemudian sila buka file Info.plist. Paparan seperti dibawah akan terpapar:



8. Locate pada CFBundleDisplayName dan dalam value string tersebut; sila ubah mengikut kehendak anda. Seperti contoh dibawah; nama asalnya adalah Trulia; tetapi saya ingin mengubahnya menjadi dRbook. Teruskan!



9. Setelah selesai edit, sila respring iPhone anda. Dan Voila! Anda telah bejaya memper"PWNED"kan apps anda! Beginilah caranya saya meper"PWNED"kan anda dengan BBM for iPhone.

Kesimpulannya, jangan mudah percaya dengan rumors sebegitu tanpa menyiasat perkara tersebut dengan mendalam.

Walaubagaimanapun, selamat mencuba!

By Nazrin with No comments

0 comments:

Post a Comment