Thursday, May 5, 2011

iOS 4.0



Nama baru : Apple memberi nama baru untuk OS mereka dengan nama iOS 4 sejak ianya berfungsi untuk iPhone, iPad dan juga iPod Touch.

Multitasking: Setelah sekian lama, kita mampu untuk menjalankan beberapa aplikasi dalam sesuatu masa termasuk dengan aplikasi Third Party yang lain.

E-mail: iOS 4.0 menyediakan fungsi multiple e-mail akaun. Ini termasuk dengan perbualan e-mail dan juga keberkesanan untuk membuang kesemuanya dalam sesuatu masa.

Folders: Buat folder dengan menarik satu app kepada yang lain, satu cara dengan membuat pack aplikasi. Anda boleh menukar folders dan juga drag lebih app kedalam folders tersebut.

Camera software: Selepas 3 megapixels berubah kepada 5, iOS 4.0 telah enablekan untuk fungsi 5x digital zoom dan juga fungsi tap untuk fokus.

HD video recording: iOS 4.0 yang baru juga turut menyediakan rakaman video rate 720p pada kelajuan 30 frames per second. (dan menyediakan LED flash pada rakaman HD).

iMovie for iPhone: Aplikasi iMovies membolehkan kita untuk membuat suntingan video dalam format HD terus daripada iPhone kita. Daripada ini, kita mampu untuk MMS, berkongsi video melalui MobileME, Youtube dan juga e-mail.

Video conferencing: Ambil peluang untuk menggunakan kelebihan kamera depan yang menyokong perbualan melalui video. Diberi nama sebagai Facetime, ianya berfungsi dengan disokong oleh Wi-Fi dalam mode landscape dan juga portrait untuk kesemua peranti iOS 4.0 yang mempunyai kamera depan.

iBooks: Dengan versi iBooks yang baru, anda boleh membuat paparan PDF file dengan menggunakan iBooks. Memilih PDF file melalui susunan rak buku yang disediakan dalam format Antaramuka iBooks.

Kesimpulannya iOS 4.0 sudah cukup sempurna untuk sesebuah peranti iOS.



By Nazrin with No comments

0 comments:

Post a Comment

    • Popular
    • Categories
    • Archives